Kelas Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan e-Book telah di adakan pada 24/03/2013 (Ahad). Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar Tahun 5 dalam menggunakan Microsoft Words, Excel, Power Point dan Internet.
Blog ini khas untuk semua pelajar SK Bukit Wan yang menggunakan e-Book untuk berinteraksi secara online dengan EIO Sekolah.Blog ini juga khas untuk ibu bapa pelajar bertanyakan masalah e-Book anak-anak mereka secara online dengan EIO Sekolah.
Sabtu, 23 Mac 2013
Isnin, 11 Mac 2013
T-Score Online
Perhatian kepada semua pelajar SKBW Tahun 4,5 dan 6. T-score online telah bermula pada Januari 2013. Selamat menjawab soalan T-Score online diucapkan kepada semua pelajar SKBW. Sila Click link di atas untuk menjawab soalan.
**Jika terlupa username dan password boleh rujuk kak maria (EIO SKBW)
Isnin, 21 Januari 2013
SALAM MAULIDUR RASUL 1434H
SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1434 H
24 JANUARI 2013 (KHAMIS)
" WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
Sabtu, 17 November 2012
SALAM MA'AL HIJRAH 1434H
Amalan-amalan sunat: |
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Rabu, 7 November 2012
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID-MURID DAN GURU SK BUKIT WAN. MANFAATKAN CUTI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH. GUNAKAN EBOOK SEBAIK-BAINYA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN.
Rabu, 24 Oktober 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Menjalani Ibadah Korban kepada semua Warga SKBW dan semua pelajar SKBW dari Kak Maria (EIO SKBW)
Rabu, 10 Oktober 2012
APLIKASI PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
APLIKASI PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA
PENUH DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://parents.sekolahmalaysia.com/
Langgan:
Catatan (Atom)