Blog ini khas untuk semua pelajar SK Bukit Wan yang menggunakan e-Book untuk berinteraksi secara online dengan EIO Sekolah.Blog ini juga khas untuk ibu bapa pelajar bertanyakan masalah e-Book anak-anak mereka secara online dengan EIO Sekolah.
Rabu, 10 April 2013
JADUAL PENGHANTARAN E-BOOK BAGI TAHUN 2013
Berikut adalah jadual penghantaran e-Book bagi pelajar tahun 5 dan 6 2013. Semua pelajar di kehendaki menghantar e-Book masing-masing mengikut tarikh yang diberikan.. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang tidak menghantar e-Book mengikut tarikh yang ditetapkan..
Sabtu, 23 Mac 2013
JADUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPUTER
Berikut adalah tarikh kelas komputer untuk pelajar Tahun 5 Arif dan 5 Bistari:
Tahun 5 Arif
Tarikh: 24/03/2013 - 25/03/2013
Hari : Ahad hingga Isnin
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tahun 5 Bistari
Tarikh: 26/03/2013 - 27/03/2013
Hari : Selasa hingga Rabu
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
** Semua pelajar Tahun 5A dan 5B perlu membawa e-Book sendiri.
Tahun 5 Arif
Tarikh: 24/03/2013 - 25/03/2013
Hari : Ahad hingga Isnin
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tahun 5 Bistari
Tarikh: 26/03/2013 - 27/03/2013
Hari : Selasa hingga Rabu
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
** Semua pelajar Tahun 5A dan 5B perlu membawa e-Book sendiri.
KELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN e-BOOK
Kelas Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan e-Book telah di adakan pada 24/03/2013 (Ahad). Kelas ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar Tahun 5 dalam menggunakan Microsoft Words, Excel, Power Point dan Internet.
Isnin, 11 Mac 2013
T-Score Online
Perhatian kepada semua pelajar SKBW Tahun 4,5 dan 6. T-score online telah bermula pada Januari 2013. Selamat menjawab soalan T-Score online diucapkan kepada semua pelajar SKBW. Sila Click link di atas untuk menjawab soalan.
**Jika terlupa username dan password boleh rujuk kak maria (EIO SKBW)
Isnin, 21 Januari 2013
SALAM MAULIDUR RASUL 1434H
SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1434 H
24 JANUARI 2013 (KHAMIS)
" WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
Sabtu, 17 November 2012
SALAM MA'AL HIJRAH 1434H
Amalan-amalan sunat: |
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Rabu, 7 November 2012
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID-MURID DAN GURU SK BUKIT WAN. MANFAATKAN CUTI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH. GUNAKAN EBOOK SEBAIK-BAINYA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN.
Langgan:
Catatan (Atom)