Sabtu, 19 Oktober 2013

PERTANDINGAN SPEED TEST DAN SLIDE PRESENTATION PROGRAM PASCA UPSR



       Pertandingan Speed Test dan Slide Presentation Program Pasca UPSR telah di adakan pada 7 Oktober 2013 hari Isnin bertempat di Makmal Komputer Sekolah. Pertandingan Speed Test dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori lelaki, kategori perempuan dan kategori lelaki lawan perempuan. Johan pertandingan speed test di menangi oleh Muhammad Ikmal Hakim bin Idris. Tempat kedua di menangi oleh Nor Aisyah binti Bahari dan tempat ketiga dimenangi oleh Wan fahira binti Wan Hanif. Bagi Pertandingan Slide Presentation pula, pelajar di kehendaki membuat kumpulan untuk berbincang tentang tajuk Kebaikan dan keburukan Internet dan dikehendaki membuat satu slide presentation. Persembahan Slide Presentation yang terbaik di menangi oleh kumpulan "Smart Senior". Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.




Ahad, 29 September 2013

TUGASAN MENYEDIAKAN SLIDE PRESENTATION KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

Semua pelajar tahun 6 dibahagikan kepada 5 orang untuk 1 kumpulan bagi menyiapkan satu tugasan presentation bertajuk " Kebaikan dan Keburukan Internet"




Isnin, 29 Julai 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua guru-guru dan pelajar SKBW.
Maaf Zahir dan Batin.

Isnin, 8 Julai 2013

Kelebihan-kelebihan dan Fadhilat Solat tarawikh pada Bulan Ramadhan




1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
 

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
 

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
 

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
 

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
 

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
 

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
 

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
 

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
 

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
 

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
 

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
 

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
 

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
 

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
 

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
 

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
 

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
 

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
 

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
 

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
 

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
 

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
 

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
 

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
 

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
 

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selamat Berpuasa dan Selamat menunaikan ibadat di bulan Ramadhan

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua pelajar SKBW.


Jangan lupa niat puasa ya..

Selasa, 28 Mei 2013

KELAS KOMPUTER MENGGUNAKAN EBOOK

Berikut adalah tarikh kelas pembelajaran komputer menggunakan e-Book bagi pelajar tahun 5 2013.

Ahad - Isnin (26-27/5/2013) - Tahun 5 Arif
Selasa - Rabu (28-29/5/2013) - Tahun 5 Bistari.

Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar Tahun 5A dan 5B yang hadir.

Kelas komputer pada minggu ini adalah menggunakan program MBMMBI bagi memudahkan EIO memantau dan mengawal aktiviti pelajar menggunakan e-Book seperti penggunaan internet. Kali ini saya telah mengajar cara-cara membuka akaun gmail, cara membuka inbox, cara menghantar surat dan membalas emel.




Rabu, 10 April 2013

JADUAL PENGHANTARAN E-BOOK BAGI TAHUN 2013

Berikut adalah jadual penghantaran e-Book bagi pelajar tahun 5 dan 6 2013. Semua pelajar di kehendaki menghantar e-Book masing-masing mengikut tarikh yang diberikan.. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang tidak menghantar e-Book mengikut tarikh yang ditetapkan..