Sabtu, 17 November 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434H




Amalan-amalan sunat:
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Rabu, 7 November 2012

SELAMAT BERCUTI






SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID-MURID DAN GURU SK BUKIT WAN. MANFAATKAN CUTI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH. GUNAKAN EBOOK SEBAIK-BAINYA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN.

Rabu, 24 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Menjalani Ibadah Korban kepada semua Warga SKBW dan semua pelajar SKBW dari Kak Maria (EIO SKBW)

Rabu, 10 Oktober 2012

Ahad, 9 September 2012

UPSR 2012



Kak Ma akan mendoakan kejayaan semua pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11,12 dan 13 September 2012. Semoga berjaya.

Ahad, 2 September 2012

Perhatian Kepada Semua Pelajar Tahun 4,5 dan 6

MAKLUMAT PENTING..

Semua Pelajar Tahun 4,5 dan 6 di kehendaki menghantar e-Book anda kepada EIO Sekolah (Kak Ma) mengikut tarikh seperti di bawah:

TAHUN 5 ARIF & 5 BISTARI
TARIKH HANTAR = 02/09/2012


TAHUN 4 ARIF & 4 BISTARI
TARIKH HANTAR = 09/09/2012

BERIKUT SENARAI PELAJAR TAHUN 6 YANG MASIH BELUM MENGHANTAR e-BOOK:

6 ARIF:
1) NUR FAKHIRA SYAHIDA


6 BISTARI:

1) MUHAMMAD HAZIQ IKHWAN
2) MUHAMMAD IKHWAN HAKIMI
3) MUHAMMAD ZULHISHAM
4) SYAWAL HAZIQ
5) ZULFADHLI

SILA HANTAR e-BOOK ANDA DENGAN SEGERA...

Sabtu, 11 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua Guru-guru dan pelajar Sk Bukit Wan...
Maaf Zahir dan Batin..

Ahad, 15 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Meyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pelajar SK Bukit Wan..

S

Selasa, 10 Julai 2012

Pemenang Kuiz T-Score Bulanan

Kedudukan pelajar mengikut markah yang tertinggi.

Tahiah kepada pelajar dari SK Maras kerana telah berjaya mendapat markah tertinggi dalam Kuiz Bulanan T-Score.

Isnin, 9 Julai 2012

Kuiz T-Score Online





Tidak lupa juga pada pihak sekolah, hadiah berupa RM200 akan diberikan kepada sekolah yang telah mengumpul markah tertinggi dan kekerapan murid sekolah tersebut menggunakan portal TSCore. 

Pertandingan ini akan berterusan sehingga akhir tahun 2012.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di 09-6670917 (Top-It) @ 019-9761155 (EIO Sekolah)

Portal TScore - Online Tutorial :
 http://www.tscore.com.my/tsnew