Definisi e-Book
e-Book ialah Buku Teks Digital Kerajaan Negeri Terengganu.
Pencetus idea penggunaan ebook di Terengganu adalah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang melihat pembangunan negeri perlu bermula dengan pendidikan dan pembelajaran yang sempurna dan terkini. Beliau ada menyatakan Kerajaan Negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut membangunkan minda serta sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran global.
Pencetus idea penggunaan ebook di Terengganu adalah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang melihat pembangunan negeri perlu bermula dengan pendidikan dan pembelajaran yang sempurna dan terkini. Beliau ada menyatakan Kerajaan Negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut membangunkan minda serta sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran global.
“Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000
unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks
sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa-doa dan amalan
solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini,”
katanya selepas melancarkan e-Book sekolah-sekolah negeri Terengganu di
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini (akhir
Mei'09).
Dengan itu seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 sekolah di negeri ini akan mula belajar menggunakan buku elektronik ‘e-Book’ dengan penyerahan buku itu yang akan diagih melalui Pejabat Pelajaran di daerah masing-masing.
Terbaru, akhir Jun lalu beliau sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri Kijal mengagihkan ebook berkenaan di sekolah-sekolah di kawasan
tersebut.
Dengan ini bermulalah fasa baru pada pelajar-pelajar
tahun lima di negeri ini dan ia akan merubah senario pembelajaran mereka kepada
kaedah baru yang lebih baik.
Dato’ Ahmad berkata, selepas ini pelajar-pelajar yang telah
menerima e-book dapat belajar dengan lancar dan boleh mengikuti modul pelajaran
seperti biasa serta tidak perlu membawa beg yang berat ke sekolah.
Menurutnya, pengagihan seterusnya akan dibuat oleh Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri, diikuti wakil rakyat di kawasan masing-masing yang
akan dibuat secepat mungkin.
Mungkin ada yang masih samara-samar dalam memahami apakah
itu ebook dan sebab itulah menimbulkan pelbagai keraguan. Sebenarnya ada banyak
definisi tentang e-book, berikut ini adalah definisi-definisi e-book. Ebook
adalah berbentuk elektronik dari sebuah buku yang biasanya diterbitkan dalam
bentuk tercetak namun kali ini berbentuk digital. The new Concise Oxford
English Dictionary (2001) mendefinisikan e-book sebagai sebuah versi elektronik
dari sebuah buku tercetak yang dapat dibaca pada sebuah personal computer atau
alat lain yang direka khusus untuk membaca e-book.
Berdasarkan definisi-definisi diatas, kita dapat
menyimpulkan bahwa ada dua unsur utama dari e-book. Pertama, e-book berbentuk
digital. Kedua, penggunaan e-book memerlukan suatu alat, baik ‘hardware’
(peralatan fizikal) mahupun ‘software’ atau perisian dan di Terengganu, ‘mini
laptop’ dijadikan sebagai alat pengantaraannya.E-book berkembang dengan cepat
akhir-akhir ini, bukan sahaja untuk kegunaan pembelajaran, tetapi di bidang
perniagaan, perhotelan, perbankan dan sebagainya e-book sudah begitu meluas
digunakan di seluruh dunia.
Dahulunya penulisan-penulisan bahan akademik sahaja
dihasilkan menggunakan ebooks yang disebut sebagai e-journal, tetapi hari ini
pelbagai penerbitan buku telah menggunakan teknologi
e-book.
Di negara Portugal (bangsa Portugis) dan Venezuela ebook
telah digunakan sepenuhnya di sekolah-sekolah di negara mereka, tetapi tidak
wujudlah perisian yang mengandungi panduan solat, pembelajaran al-Quran
sebagaimana di Terengganu.
Di tempat-tempat lain penggunaan ebook juga berkembang, terutama di peringkat perpustakaan yang disebut sebagai perpustakaan ebook dan bagi tujuan buku-buku untuk tatapan umum. Ia dikatakan menjimatkan serta mampu menampung bahan dan maklumat yang jika dibukukan dalam bentuk biasa tidak dapat ditampung oleh bangunan dan bilik perpustakaan.
Di tempat-tempat lain penggunaan ebook juga berkembang, terutama di peringkat perpustakaan yang disebut sebagai perpustakaan ebook dan bagi tujuan buku-buku untuk tatapan umum. Ia dikatakan menjimatkan serta mampu menampung bahan dan maklumat yang jika dibukukan dalam bentuk biasa tidak dapat ditampung oleh bangunan dan bilik perpustakaan.
Bahkan di Singapura dikatakan murid-murid sekolah tertentu
hanya membawa mikrocip yang sebesar kuku kelingking sahaja ke sekolah, tetapi
di dalamnya mengandungi pelbagai kandungan ilmu dan buku. Mungkin selepas ini,
dengan nano-teknologi, cip akan semakin mengecil lagi dengan hanya beberapa
nano-meter sahaja.
Departman atau jabatan Pendidikan Nasional di Indonesia
dilaporkan melancarkan buku sekolah elektronik 295 judul pada Ogos 2008.
Difahamkan pada masa ini telah terdapat 49 judul buku digital yang boleh
diperolehi masyarakat melalui internet. Dengan adanya buku sekolah elektronik
maka siapapun berhak untuk ‘download’, mencetak, memperbanyak dan menjualnya
dengan ketepan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau jabatan
berkenaan.
Satu iklan ditemui dalam internet mengiklankan perisian
ebook dengan kandungan 60,000 judul dan dalam 104 bahasa. Bayangkanlah kalau ia
dicetak dalam bentuk buku bercetak, di mana boleh diletakkan 60,000 buah buku
dikali pula dengan 104 bahasa (terjemahan) menjadikan 6,240,000 (enam juga dua
ratus empat puluh buah, judul buku).
Apa yang dilakukan oleh kepemimpinan Terengganu ini adalah merupakan
suatu persediaan awal untuk menghadapi gelombang perubahan dunia yang di masa
akan datang yang lebih canggih dan pantas perkembangan teknologi komunikasi dan
maklumat. Jika tidak dibuat persediaan awal pastinya kita akan tertinggal dan
ditinggalkan.
Antara Model e-Book yang dikeluarkan oleh Top-It Industries
Sdn Bhd ialah:
Model e-Book E09 |
Model e-Book E10 |
Model e-Book E11 |
Matlamat e-Book
Objektif e-Book
- Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran & pembelajaran.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar.
- Merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia iaitu " Sebuah Keluarga, Sebuah Komputer".
- Menyebarluaskan penggunaan aplikasi ICT dalam kalangan keluarga.
- Menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.
Hak Milik e-Book
e-Book ialah Hak Milik sepenuhnya Kerajaan Negeri Terengganu
dan diberikan sumbangan secara milik kepada murid dengan Perjanjian,
Peraturan-peraturan serta syarat-syarat tertentu yang dipersetujui.
Peraturan Am Menggunakan e-Book
- Pengguna dilarang sama sekali meminda, menukarkan, mengeluarkan, menambahkan atau mengalihkan komponen e-Book tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).
- Mesti membuat pendaftaran e-Book (Cth: No Siri e-Book, adaptor, bateri dll)
- Kemudahan & Peralatan yang disediakan hanya boleh digunakan untuk tujuan P&P secara formal atau sebaliknya.
- Pengguna hendaklah melapor atau membuat aduan tentang sebarang kerosakan atau kehilangan e-Book kepada EIO Sekolah.
- Pengguna dilarang memuat turun (download) sebarang perisian atau "screen saver" dari internet ke dalam e-Book yang dibekalkan. Tujuan untuk mengelakkan berlakunya penyebaran virus.
- Pihak Pengurusan Sekolah berhak membuang mana-mana perisian yang difikirkan tidak perlu berada di dalam e-Book kerana boleh membebankan kelajuan e-Book.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan