Berita e-Book

BERITA TENTANG PENGGUNAAN e-BOOK 
DI TERENGGANU.

e-Book bukan sekadar ringankan beg






SELEPAS bertahun-tahun isu beg sekolah berat menjadi perdebatan hangat dengan pelbagai resolusi dicadangkan belum ada penamatnya, apa yang telah dirintis oleh kerajaan Terengganu sejak tiga tahun lalu mungkin adalah jawapan terbaik.Kerajaan Terengganu menyediakan komputer riba buku elektronik (eBook) percuma kepada pelajar sekolah rendah bagi menggantikan buku teks menjadikan mereka sebagai kumpulan eksperimental paling muda menggunakan teknologi terkini pembelajaran di sekolah.Tanpa perlu membawa beg berat mahupun merugikan penggunaan kertas, pengenalan eBook seharusnya diakui sebagai satu inovasi dan lembaran baru dalam pendidikan negara. Sehingga kini dengan sistem pembelajaran yang dilihat semakin lancar, pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Terengganu menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi itu.Selain Terengganu, beberapa negeri seperti Melaka, Sarawak dan Brunei sudah pun memasang impian untuk menggunakan inovasi eBook di negeri masing-masing bagi memudahkan pelajar.Penggunaan eBook yang semakin mendapat perhatian pelajar dan ibu bapa dijangka mampu menjadi revolusi dalam pendidikan negara.

.
PENGGUNAAN eBook di sekolah membuka lembaran baru dalam
 revolusi pendidikan negara.

Sumber: Click di sini

****************************************************



E-Book Terengganu Pertama di Asia Tenggara


Murid Sekolah Kebangsaan Duyung, Kuala Terengganu, adik Abdul Syuaib Zahari, 11, menunjukkan e-Book kepada bapa saudaranya, Ismail @ Mohd Chitab Othman, 62, yang bekerja sebagai nelayan selepas majlis pengagihan e-Book oleh Menteri Besar. – Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
(Portal Rasmi Kerajaan) Terengganu merupakan yang pertama di Asia Tenggara menggunakan e-Book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, demikian diberitahu oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.
Beliau memberitahu, Naib Presiden Intel Corporation, John E.Davies yang menemuinya baru-baru ini menyifatkan negeri ini setaraf ke hadapan dengan negara-negara maju yang menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran, khususnya e-Book.
Dato’ Ahmad menyampaikan e-Book kepada pelajar sekolah dalam kawasan DUN Manir.
“Pengiktirafan itu adalah suatu bukti bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri suatu pendekatan yang jauh ke hadapan dalam bidang pendidikan dan pelajaran yang disesuaikan dengan budaya dan acuan kita sendiri,’ katanya di majlis penyampaian e-Book dan bantauan pakaian sekolah, Parlimen Hulu Terengganu, di Dewan Komuniti Manir semalam (1 Jun).
Dalam majlis itu sebanyak 411 murid-murid Than Lima dari enam buah sekolah di Parlimen tersebut menerima e-Book percuma dari kerajaan negeri yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Ahmad kepada setiap orang murid bersama ibu bapa masing-masing.
Terlalu gembira selepas mempelorehi e-Book daripada Menteri Besar, adik Muhammad Syazwan,11, dari Sekolah Durian Mas, Manir, terus ke bendang untuk menunjukkan e-Book kepada ayahnya, Mohd Sulong, 48,  yang berkerja sebagai petani.
Dato’ Ahmad berkata, pemberian itu kepada semua murid tanpa mengira fahaman politik keluarga mereka kerana sebagai soal pendidikan adalah soal penting dan masa depan mereka mengatasi kepentingan politik kepartian.
“Apa yang penting ialah rakyat keseluruhan, sama ada miskin atau kaya mendapat peluang pendidikan terkini dan itulah sebenarnya pendemokrasian pendidikan di negara kita pada masa ini,’ katanya.
Majlis pengagihkan e-Book kepada pelajar DUN Bukit Tunggal di Pulau Duyung.
Beliau kesal sesetengah pihak yang menuduh kononnya sistem pendidikan di negara ini sekular dan tidak selari dengan kehendak agama Islam tanpa memahami konsep ilmu dan pembelajaran sebenar dalam Islam yang menyeluruh sifatnya, termasuk untuk keperluan dunia dan akhirat.
Katanya, Nabi Muhamad sendiri semasa hayatnya pernah meminta umat Islam menuntut ilmu sehingga ke negara China, sebagai bukti menunjukkan bahawa tidak salah belajar ilmu yang berkaitan hal ehwal dunia dan moden kerana waktu itu negara China cemerlang dari segi ilmu pembuatan kertas, binaan dan perniagaan.
Murid kembar turut menerima e-Book.
Beliau juga memberi tahu penggunaan e-Book bukan sekadar salinan kepada sukatan buku teks semata-mata, tetapi melaluinya akan diwujudkan kelas-kelas maya, tutorial dan peperiksaan secara online yang akan dikawal secara terus oleh guru-guru yang juga menggunakan komputer sebagai alat dan sistem dalam pembelajaran.
“Bahkan di dalam e-Book juga dimasukkan program berkaitan keagamaan seperti panduan sembahyang, al-Quran dan tafsir, panduan mengurus jenazah dan doa-doa harian,” katanya.
Menteri Besar melihat murid menggunakan e-Book.
Beliau berharap guru-guru dan ibubapa menerima perubahan ini secara positif kerana kita perlu menyediakan generasi yang membudayakan teknologi maklumat (ICT) apabila dunia akan datang semuanya berasaskan ICT sama ada dalam ekonomi, perbankan, perubatan dan segala-galanya berteraskan penggunaan teknologi itu.
Dato’ Ahmad meminta supaya e-Book yang diberikan secara percuma itu dijaga dengan baik dan diawasi agar tidak disalahgunakan untuk tujuan lain yang tidak mendatangkan faedah.
Katanya sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan membaiki kerosakan e-Book serta melantik pegawai teknikal yang bertugas supaya tidak menimbulkan masalah dalam penggunaan e-Book.
Beliau menjangkakan e-Book itu boleh digunakan pula sehingga ke tingkatan satu, setelah murid-murid yang memperolehi e-Book ini meneruskan pelajaran mereka ke peringkat menengah.
Katanya, pada bulan Julai depan murid-murid Tahun Empat pula akan diberi e-Book percuma sebagaimana perancangan di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pembelian e-Book oleh kerajaan negeri pada tahun ini.
Pasangan kembar dari sekolah DUN Bukit Tunggal gembira menerima e-Book.
“Manakala pada tahun hadapan, kerajaan negeri bercadang untuk memberi juga e-Book kepada murid Tahun Dua dan Tiga supaya pembelajaran e-Book bermula di peringkat awal lagi,” katanya.
Sementara itu semasa berucap di majlis yang sama di Duyong bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, beliau berkata, hasrat kerajaan negeri ialah supaya setiap rumah di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer.
Di majlis itu seramai 359 murid dari tiga buah sekolah menerima bantuan e-Book . Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri.
Unit Komunikasi Negeri

****************************************************

Kelas Maya Idea Cemerlang Negeri Terengganu



















Usaha kerajaan negeri Terengganu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan memperkenalkan 'Kelas Maya', harus menjadi contoh dan ikutan kepada semua kerajaan negeri di Malaysia. Penggunaan komputer riba (Laptop) atau e-book, kini dilihat sebagai suatu cara terbaik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Malah kes 'Beg Sekolah Berat" akan dapat diatasi dengan penggunaan Kelas Maya ini.

Biarpun langkah merealisasikan pembelajaran kelas maya membabitkan kos tinggi, ia bukan halangan bagi kerajaan negeri membuat pelaburan besar kerana pembangunan pendidikan adalah antara agenda penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang akhirnya disasarkan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

***************************************************


MB Terengganu: Jangan salah guna 
e-book







DUNGUN -  
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta 
ibubapa agar tidak menyalah guna komputer riba yang dibekal 
kerajaan negeri menerusi projek pemberian e-book
untuk kegunaan anak mereka.Ahmad berkata beliau 
menerima maklumat bahawa ada di kalangan 
ibu bapa yang bertindak seolah-olah komputer riba itu 
kepunyaan mereka sedangkan ia diberi untuk kegunaan 
murid membuat tugasan dengan lebih mudah di sekolah.

"Tahun lepas, saya mendapat tahu ada sebuah komputer riba yang 
rosak akibat dilempar oleh seorang bapa yang berang akibat 
keghairahan isterinya melayari internet menggunakan komputer 
riba anak sehingga larut malam."Kes ini berlaku di Hulu Terengganu. 
Ia tidak sepatutnya berlaku 
kerana  komputer riba itu adalah milik anak untuk pelajaran, 
bukannya milik ibu bapa untuk tujuan lain," katanya kepada 
pemberita pada majlis penyerahan e-book untuk murid-murid 
sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di sini.

Sebanyak 465 unit komputer riba jenama 'Top IT' diserah kepada 
murid di lima sekolah dalam DUN itu iaitu Sekolah Kebangsaan 
(SK) Sultan Omar, SK Pusat Dungun, SK Kuala Dungun, 
SK Bandar Dungun dan SJK Cina Kwang Hwa
.Ahmad berkata walaupun kes kerosakan komputer riba 
akibat penyalahgunaan ibu bapa itu hanya kes terpencil, 
ia wajar diambil iktibar oleh masyarakat."Kerajaan negeri
 memberi komitmen penuh untuk projek 
ini bagi memastikan murid-murid celik dan berkemahiran dalam 
menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT) yang semakin 
canggih sekarang."Sejak projek ini dilancarkan pada tahun 2009, 
kita berbangga apabila hampir kesemua anak-anak Terengganu 
yang berada di sekolah menengah tidak menghadapi masalah dengan IT," 
katanya.Beliau yang mencetuskan idea penggunaan e-book itu juga gembira 
kerana masalah murid membawa beg yang berat ke sekolah tidak lagi
berlaku di Terengganu.
***************************************************






LATIHAN PENGINTEGRASIAN EBOOK DAN KELAS MAYA.


Latihan Pengintegrasian eBook dan Kelas Maya bagi Jurulatih 
Utama Daerah Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan 
di BTPN Terengganu bermula 1 hingga 2 April 2012. 
Latihan ini merupakan inisiatif bersama UPIM dan UPICT 
dalam memastikan penggunaan dan pengintegrasian 
eBook berlaku di sekolah. 

Ketua Sektor Jaminan Kualiti, 
JPN Terengganu turut bersama-sama dalam majlis ucap utama
 pada hari pertama bagi memastikan peranan yang harus 
dimainkan oleh Jurulatih Utama ini berkesan di peringkat 
daerah nanti. Beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada 
pegawai BTPN, PKG dan guru sekolah terlibat dalam 
pendedahan pertama ini. Mereka yang dilatih ini akan 
melebarkan penggunaan eBook di peringkat daerah nanti. 

Antara pengisian latihan ini adalah aplikasi pelantar 
pembelajaran mythware, media baru dan pengintegrasian 
bahan daripada sumber seperti internet dan sebagainya. 
Semoga hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk 
menjadikan eBook sebagai rujukan utama di sekolah 
akan membawa kejayaan.

Sumber: Click di sini


***************************************************



EIO pantau e-Book di 430 sekolah



















Penempatan Eksekutif Teknologi Maklumat (EIO) di 348 
Sekolah Kebangsaan (SK) dan 82 Sekolah Menengah (SM)
seluruh negeri mampu menambah baik pengurusan dan penggunaan 
e-Book kalangan pelajar.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), 
Razali Daud berkata, statistik pengunaan e-Book sehingga ini 
melebih 72,000 pelajar memerlukan pemantauan rapi dan berterusan.

“Prestasi EIO sangat memuaskan kerana dengan adanya 
Virtual Classroom serta Sekolah Maya sangat memerlukan penglibatan 
dan sokongan tenaga pakar bagi memastikan prasarana ICT 
Virtual School beroperasi dengan baik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis Pelancaran 
Penyerahan e-Book Tahun Empat Peringkat Negeri 
dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di 
Stadium Tertutup Gong Badak semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh timbalannya, 
Hashim Mohd Zin. Majlis pelancaran disempurnakan 
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang turut 
dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama 
dan Penerangan negeri merangkap Ahli DUN Tepoh, 
YB Haji Muhammad Ramli Noh.

Katanya, cadangan permuafakatan secara gabungjalin 
bersama agensi lain seperti Bestari.Coom dan 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
 (JKKK) serta komuniti setempat dapat memanfaatkan
kelebihan e Book dan penempatan EIO.

“Penyertai semua peringkat mampu melahirkan pendidikan 
terbilang serta melestarikan pendidikan didalam komuniti,” katanya.

Dalam majlis berkenaan seramai 1038 pelajar dalam 
DUN Tepoh merupakan kumpulan pertama menerima
 pemberian e-Book bagi Murid Tahun Empat daripada
 23,000 seluruh negeri.

Sumber: Click di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan