Rabu, 23 April 2014

KURSUS KELAS MAYA 2014

Kurus kelas maya telah diadakan pada 23/04/2014 (Rabu) bertempat di bilik kelas maya tahun 4 Arif. Tenaga pengajar kelas maya ialah wakil dari Top-It Industries Sdn. Bhd (Gong Badak). Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk melatih guru-guru cara menggunakan smart board,e-Book dan memudahkan lagi guru menggunakan kemudahan teknologi terkini untuk pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Top-It yang telah menjayakan kursus kelas maya tersebut.







Rabu, 26 Mac 2014

KELAS PENGENALAN KEPADA E-BOOK

Kelas Pengenalan kepada e-Book telah diadakan pada 23/03/2014 - 24/03/2014 (Ahad dan Isnin) bertempat di Makmal Komputer Sekolah. Semua pelajar tahun 5 Arif dan 5 Bistari diwajibkan hadir dan membawa e-Book mereka. Di dalam kelas Pengenalan kepada e-Book, pelajar telah diberi taklimat oleh EIO Sekolah tentang e-Book iaitu dari segi maksud,kegunaan e-Book, cara menjaga e-Book, mengenali komponen pada e-Book dengan lebih terperinci, langkah-langkah keselamatan, polisi e-Book dan sebagainya. Pelajar juga telah ditayangkan video kelas maya di Sk Paya Bunga dan diajar cara menggunakan perisian/aplikasi yang telah dibekalkan di dalam e-Book pelajar. Contohnya seperti perisian buku teks,ikhwan fardhu ain, Al-Quran digital dan sebagainya. Kelas Pengenalan kepada e-Book di akhiri dengan menandatangani surat perjanjian e-Book oleh semua pelajar tahun 5 2014.